Golongan yang bebas daripada penyakit kedekut

TEKS BAHASA ARAB

بريء من الشح من أدى الزكاة، وقرى الضيف، وأعطى في النائبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang bebas daripada sifat bakhil adalah (mereka yang) menunaikan zakat, memuliakan tetamu, dan membantu orang yang kesusahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 868, hadis nombor 4439. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن خالد الأنصاري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((بريء من الشح من أدى الزكاة، وقرى الضيف، وأعطى في النائبة)). [طب، ((الضعيفة)) (1709)].

(Lemah)
Daripada Zaid bin Khalid al-Ansari RA secara marfu’ “Orang yang bebas daripada sifat bakhil adalah (mereka yang) menunaikan zakat, memuliakan tetamu, dan membantu orang yang kesusahan."
(Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1952].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.