Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
برئَ مِن الشُّحِ مَن أدَّى الزَّكاةَ، وقرَى الضَّيفَ، وأعطَى في النَّائبةِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang bebas daripada sifat bakhil adalah (mereka yang) menunaikan zakat, memuliakan tetamu, dan membantu orang yang kesusahan.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Khalid al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 868, hadis no. 4439. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن خالد الأنصاري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((بريء من الشح من أدى الزكاة، وقرى الضيف، وأعطى في النائبة)). [طب، ((الضعيفة)) (1709)].
(Lemah) Daripada Zaid bin Khalid al-Ansari RA secara marfu’ “Orang yang bebas daripada sifat bakhil adalah (mereka yang) menunaikan zakat, memuliakan tetamu, dan membantu orang yang kesusahan." (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1952].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman