Classification icon

Munkar Dengan Selengkap Ini

30/06/2024

minit bacaan



Golongan Yahudi tidak dengki kepada kita

Teks Bahasa Arab

لم يَحسدُونا اليهودُ بشيٍء ما حسدونا بثلاثٍ: التسليمُ، والتأمينُ، واللهمَّ ربَّنا ولكَ الحمدُ.

Teks Bahasa Melayu

Golongan Yahudi tidak dengki kepada kita dengan sesuatu perkara sebagaimana dengkinya mereka kepada kita pada tiga perkara: ‘Ucapan salam’, ‘Ucapan Amin’ dan ‘ucapan Allahumma Rabbana lakal al-hamd’.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Selengkap Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 161, hadis no. 802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن - عائشة رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لمْ يَحْسُدُونَا الْيَهُودُ بِشَىْءٍ مَا حَسَدُونَا بِثَلَاثٍ: (التَّسْلِيمِ) ، وَ: (التَّأْمِينِ)، وَ: (اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ) )). [هق، عد، ((الضعيفة)) (6955)]

(Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada ‘Aisyah RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Golongan Yahudi tidak dengki kepada kita dengan sesuatu perkara sebagaimana dengkinya mereka kepada kita pada tiga perkara: ‘Ucapan salam’, ‘Ucapan Amin’ dan ‘ucapan Allahumma Rabbana lakal al-hamd’. [Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6955]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.