Golongan wanita yang ingin berhijrah hendaklah bersumpah bahawa hijrahnya semata-mata kerana Allah SWT

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كانت المرأة إذا جاءت النبي – صلى الله عليه وسلم – [مهاجرة] حلفها عمر بالله ما خرجت رغبة بأرض عن أرض، وبالله ما خرجت التماس دنيا، وبالله ما خرجت إلا حبا لله ورسوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya jika ada perempuan yang berhijrah untuk bersama Nabi SAW, (maka) Umar akan menyuruhnya bersumpah atas nama Allah, bahwa dia keluar bukan kerana cinta akan sebuah negeri dan membenci negeri yang lain, dan bersumpah dengan nama Allah, bahwa dia keluar bukan kerana ingin mengejar dunia, dan bersumpah dengan nama Allah, bahwa tidaklah dia keluar melainkan kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 549, hadis nombor 2865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – في قوله – تبارك وتعالى -: {إذا جاءكم المؤمنات مهاجرات فامتحنوهن ۖ الله أعلم بإيمانهن ۖ }، قال: ((كانت المرأة إذا جاءت النبي – صلى الله عليه وسلم – [مهاجرة] حلفها عمر بالله ما خرجت رغبة بأرض عن أرض، وبالله ما خرجت التماس دنيا، وبالله ما خرجت إلا حبا لله ورسوله)). [ابن جریر، البزار، ((الضعيفة)) (6391)]

(Lemah)
Daripada Ibnu Abbas RA dalam firman Allah Tabaraka Wa Ta’ala: {Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka}. Beliau berkata: Sesungguhnya jika ada perempuan yang berhijrah untuk bersama Nabi SAW, (maka) Umar akan menyuruhnya bersumpah atas nama Allah, bahwa dia keluar bukan kerana cinta akan sebuah negeri dan membenci negeri yang lain, dan bersumpah dengan nama Allah, bahwa dia keluar bukan kerana ingin mengejar dunia, dan bersumpah dengan nama Allah, bahwa tidaklah dia keluar melainkan kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
[Riwayat Ibnu Jarir, dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6391]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.