Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Golongan terawal yang masuk syurga bersama Rasulullah SAW

Teks Bahasa Arab

‌‌أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكون رابعَ أربعَة؟ أول من يدخلُ الجنةَ أنا، وأنت والحسنُ، والحسينُ، وأزواجنا عن أيمانِنَا وعن شَمَائِلِنَا، وذَرارِينا خَلْفَ أزواجِنَا، وشيعتنا من ورائنا.

Teks Bahasa Melayu

Tidak redakah kamu kerana kamu tergolong dalam kalangan empat golongan ini? Iaitu: Orang-orang terawal yang masuk ke dalam syurga adalah aku, kamu, al-Ḥasan, dan al-Ḥusīn; isteri-isteri kita berada di bahagian kanan dan kiri kita, zuriat-zuriat kita berada di belakang isteri-isteri kita, dan pengikut-pengikut kita berada di belakang kita.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 108, hadis no. 555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه -، قال: شكوتُ إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - حسد الناس إياي فقال: أَمَا تَرْضَى أَنْ تكون رابعَ أربعَة؟ أول من يدخلُ الجنةَ أنا، وأنت والحسنُ، والحسينُ، وأزواجنا عن أيمانِنَا وعن شَمَائِلِنَا، وذَرارِينا خَلْفَ أزواجِنَا، وشيعتنا من ورائنا. [أبو بكر القطيعي في ((زوائد الفضائل))، ((الضعيفة)) (5591)]

(Palsu) Daripada Ali ibn Abu Ṭalib RA telah berkata: Aku telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang hasad orang ramai kepadaku. Lalu Baginda SAW telah bersabda: Tidak redakah kamu kerana kamu tergolong dalam kalangan empat golongan ini? Iaitu: Orang-orang terawal yang masuk ke dalam syurga adalah aku, kamu, al-Ḥasan, dan al-Ḥusīn; isteri-isteri kita berada di bahagian kanan dan kiri kita, zuriat-zuriat kita berada di belakang isteri-isteri kita, dan pengikut-pengikut kita berada di belakang kita. [Riwayat Abu Bakr al-Qaṭi'i dalam Zawa’id al-Faḍa’il. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5591]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.