Golongan terawal yang akan dipanggil ke syurga

TEKS BAHASA ARAB

أول من يدعى إلى الجنة الحمادون الذين يحمدون الله في السراء والضراء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan terawal yang akan dipanggil ke syurga adalah golongan pemuji yang sentiasa memuji Allah ketika senang dan susah

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis nombor 874. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: أول من يدعى إلى الجنة الحمادون الذين يحمدون الله في السراء والضراء.
[طب،طس، طص،حل، أبو الشيخ في ((أحاديثه))، أبو بكر بن علي المعدل في ((سبع مجالس من الأمالي))، ((الضعيفة)) (632)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas – Raḍiyallāhu ‘anhuma – secara Marfu’: “Golongan terawal yang akan dipanggil ke syurga adalah golongan pemuji yang sentiasa memuji Allah ketika senang dan susah’’.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Mu’jam al-Awsath, serta al Mu'jam al-Saghir, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah, Abu al-Syaikh dalam Ahadith, Abu Bakar bin Abu ‘Ali al-Mu’addal dalam Sab’u Majalis Mina al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 632]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs