Golongan terawal umat ini selamat kerana keyakinan dan kezuhudan

TEKS BAHASA ARAB

نجاء أول هذه الأمة باليقين والزهد ويهلك آخرها بالبخل والأمل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan awal umat ini selamat kerana keyakinan dan kezuhudan. Manakala, golongan akhir umat ini binasa kerana kebakhilan dan angan-angan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 210, hadis nombor 167. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن أبي الدنيا في اليقين (ق 1/ 2) وابن شاهين في الترغيب (ق 18/ 2) وابن لال كما في الفيض (6/ 282) من طريق سلمة بن شبيب ثنا مروان بن محمد عن ابن لهيعة عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده مرفوعا به. قال المناوي في الفيض : قال العلائي: هو من حديث ابن لهيعة عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده. وابن لهيعة لا يحتج به.
قلت: وابن لهيعة مع كون حديثه هنا من رواية مروان بن محمد عنه، وليس من القدماء فإنه رواه بالعنعنة وكان يدلس. قال عبد الرحمن بن مهدي: كتب إلي ابن لهيعة كتابا فيه حديث عمرو بن شعيب، فقرأته على ابن المبارك، فأخرجه إلي ابن المبارك من كتابه عن ابن لهيعة قال: أخبرني إسحاق بن أبي فروة، عن عمرو بن شعيب. أهـ‍. قلت: فأسقط ابن لهيعة ابن أبي فروة وهو متروك رواه عن عمرو بن شعيب.

Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam al-Yaqin (hlm. 1/2), Ibn Shahin dalam al-Targhib (hlm. 18/2), dan Ibn Laal sebagaimana dalam al-Faidh (6/282) melalui sanad Salamah bin Shabib, katanya Marwan bin Muhammad telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Lahi’ah daripada ‘Amr bin Shu’aib daripada ayahnya daripada datuknya secara marfu’ hadith tersebut. Al-Munawi berkata dalam al-Faidh: "al-‘Alla’ei berkata: Ianya melalui hadith Ibn Lahi’ah daripada ‘Amr bin Shu’aib daripada ayahnya daripada datuknya. Ibn Lahi’ah tidak boleh berhujjah dengan riwayatnya".
Saya berkata: Ibn Lahi’ah disamping hadithnya ini melalui riwayat Marwan bin Muhammad daripada beliau, Marwan bukan termasuk dalam kalangan murid-mudir senior beliau, ianya juga telah diriwayatkan secara ‘an’anah, sedangkan beliau seorang perawi yang kerap melakukan tadlis. ‘Abdul Rahman bin Mahdi berkata: "Ibn Lahi’ah pernah menulis kepada saya sebuah kitab yang mengandungi hadith ‘Amr bin Shu’aib, lalu aku pun membacakannya kepada Ibn al-Mubarak. Ibn al-Mubarak pun mengeluarkan kepada saya salah satu kitab beliau daripada Ibn Lahi’ah, kata Ibn Lahi’ah Ishaq bin Abi Farwah telah khabarkan kepadaku daripada ‘Amr bin Shu’aib".
Saya berkata: Ibn Lahi’ah telah membuang Ibn Abi Farwah, beliau seorang yang Matruk. Beliau telah meriwayatkan hadith ini daripada ‘Amr bin Shu’aib.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs