Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Golongan Qadariyyah dilaknat oleh tujuh puluh nabi, dan yang terakhir adalah Muhammad SAW

Teks Bahasa Arab

لُعِنتِ القدريةُ على لسانِ سبعينَ نبيًّا، آخرُهُم محمَّدٌ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ.

Teks Bahasa Melayu

Golongan Qadariyyah dilaknat oleh tujuh puluh nabi, dan yang terakhir adalah Muhammad SAW.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 524, hadis no. 2778.

(ضعیف) عن علي رضي الله عنه - عن رسول الله ﷺ قال: «لعنت القدرية على لسان سبعين نبيا، آخرهم محمد صلى الله عليه وسلم». [ابن الجوزي في «العلل المتناهية»، «الضعيفة»، (5581)].

(Lemah) Daripada Ali RA yang meriwayatkan daripada Rasulullah SAW berkata: "Golongan Qadariyyah dilaknat oleh tujuh puluh nabi, dan yang terakhir adalah Muhammad SAW. [Riwayat oleh Ibnu Jauzi dalam kitab al-Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5581].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.