Golongan Qadariyyah dilaknat oleh lisan tujuh puluh nabi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لعنت القدرية على لسان سبعين نبيا، آخرهم محمد صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan Qadariyyah dilaknat oleh lisan tujuh puluh nabi, dan yang terakhir dalam kalangan mereka adalah Muhammad SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 524, hadis nombor 2778. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن علي رضي الله عنه – عن رسول الله ﷺ قال: «لعنت القدرية على لسان سبعين نبيا، آخرهم محمد صلى الله عليه وسلم».
[ابن الجوزي في «العلل المتناهية»، «الضعيفة»، (5581)].

(Lemah) Daripada Ali RA yang daripada Rasulullah SAW, baginda berkata: Golongan Qadariyyah dilaknat oleh lisan tujuh puluh nabi, dan yang terakhir dalam kalangan mereka adalah Muhammad SAW.
[Riwayat Ibnu al-Jauzi dalam kitab al-Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5581]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.