Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لُعِنتِ القدريةُ على لسانِ سبعينَ نبيًّا، آخرُهُم محمَّدٌ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ.
Teks Bahasa Melayu
Golongan Qadariyyah dilaknat melalui lidah 70 orang Nabi, yang terakhir ialah Muhammad SAW.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1912, hadis no. 9602. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي رضي الله عنه عن رسول الله ﷺ قال: لُعِنَتِ القدريةُ على لِسَانِ سبعينَ نبياً، آخرهم محمدٌ صلى الله عليه وسلم. [الدارقطني وابن الجوزي كلاهما في ((العلل))، ((الضعيفة)) (5581)]
(Lemah) Daripada Ali RA daripada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Golongan Qadariyyah dilaknat melalui lidah 70 orang Nabi, yang terakhir ialah Muhammad SAW. [Riwayat al-Daruqutni dan Ibn al-Jauzi, kedua-duanya dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5581]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman