TEKS BAHASA ARAB
أول من أشفع له من أمتي أهل المدينة، وأهل مكة، وأهل الطائف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Golongan pertama yang aku berikan syafaat dalam kalangan umatku adalah penduduk Madinah, penduduk Mekah dan penduduk Ta’if.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1306, hadis nombor 6673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبد الله بن جعفر مرفوعا: أول من أشفع له من أمتي أهل المدينة، وأهل مكة، وأهل الطائف.
[الضياء، ((الضعيفة)) (682)].
(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin Ja’far secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Golongan pertama yang aku berikan syafaat dalam kalangan umatku adalah penduduk Madinah, penduduk Mekah dan penduduk Ta’if.
[Riwayat al-Diya`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 682].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.