Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوَّلُ مَنْ أَشْفَعُ لَهُ مِنْ أُمَّتِي أَهْلُ الْمَدِينَةِ. وَأَهْلُ مَكَّةَ، وَأَهْلُ الطََّائِفِ.
Teks Bahasa Melayu
Golongan pertama yang aku berikan syafaat dalam kalangan umatku adalah penduduk Madinah, penduduk Mekah dan penduduk Ta'if.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1306, hadis no. 6673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن جعفر مرفوعا: أول من أشفع له من أمتي أهل المدينة، وأهل مكة، وأهل الطائف. [الضياء، ((الضعيفة)) (682)].
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin Ja'far secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Golongan pertama yang aku berikan syafaat dalam kalangan umatku adalah penduduk Madinah, penduduk Mekah dan penduduk Ta'if. [Riwayat al-Diya`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 682].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman