Golongan penzina akan datang

TEKS BAHASA ARAB

إن ‌الزناة يأتون تشتعل وجوههم نارا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan penzina akan datang dalam keadaan wajah mereka sedang dibakar api yang menyala.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 661, hadis nombor 3413. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن بسر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن ‌الزناة يأتون تشتعل وجوههم نارا)). [(طب، ابن أبي جاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (3177)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Busr RA secara marfu’: “Golongan penzina akan datang dalam keadaan wajah mereka sedang dibakar api yang menyala.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Abi Hatim dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3177]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs