Golongan paling awal yang aku akan syafaatkan dari umatku

TEKS BAHASA ARAB

أول من أشفع له من أمتي العرب الذين رأوني وآمنوا بي وصدقوني، ثم أشفع للعرب الذين لم يروني وأحبوني وأحبوا رؤيتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan paling awal yang aku akan syafaatkan dari umatku ialah bangsa Arab yang melihat, beriman kepada aku dan membenarkan aku. Kemudian aku akan beri syafaat pada bangsa Arab yang tidak melihat aku, mencintai dan suka untuk melihat aku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1786, hadis nombor 8991. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه – مرفوعاً: «أول من أشفع له من أمتي العرب الذين رأوني وآمنوا بي وصدقوني، ثم أشفع للعرب الذين لم يروني وأحبوني وأحبوا رؤيتي». [عد، «الضعيفة» (733)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Golongan paling awal yang aku akan syafaatkan dari umatku ialah bangsa Arab yang melihat, beriman kepada aku dan membenarkan aku. Kemudian aku akan beri syafaat pada bangsa Arab yang tidak melihat aku, mencintai dan suka untuk melihat aku.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 733]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.