Golongan mereka (perempuan) itu paling banyak

TEKS BAHASA ARAB

هن أغلب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan mereka (perempuan) itu paling banyak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 946, hadis nombor 4878. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أم سلمة – رضي الله عنها – قالت: كان النبي – صلى الله عليه وسلم – يُصلي في حجرة أم سلمة، فمَّر بين يديه عبد الله – أو عمر – ابن أبي سلمة، فقال بيده، فرجع، فمرتْ زينب بنت أم سلمة، فقال بيده هكذا، فمضتْ! فلما صلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((هن أغلب)).
[هــ، حم، ((الضعيفة)) (4743)].

(Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA telah berkata: Ketika Nabi SAW sedang bersembahyang di bilik Ummu Salamah telah datang Abdullah atau Umar (anak Ummu Salamah) dihadapan baginda, maka baginda SAW memberi isyarat dengan tangannya, kemudian ia pulang, dan Zainab binti Abi Salamah pula lalu, kemudian baginda SAW memberi isyarat dengan kedua tangannaya begini, kemudian ia berlalu. Apabila Rasulullah SAW telah solat, baginda SAW bersabda: “Golongan mereka (perempuan) itu paling banyak”.
[Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4743].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs