Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منِ اجتنبَ منَ الرجالِ أربعًا؛ فُتحتْ له أبوابُ الجنةِ، يدخلُ مِن أيها شاءَ: الدماءَ، والأموالَ، والفروجَ، والأشربةَ. ومنَ النساءِ: إذا صلَّتْ خَمسها، وصامتْ شهرَها، وأحصنتْ فرجَها، وأطاعتْ زوجَها؛ فُتحتْ لها أبوابُ الجنةِ الثمانيةُ؛ تدخل من أيها شاءتْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa daripada kalangan lelaki yang menjauhi empat perkara ini, nescaya akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga, dia masuk dari mana-mana pintu yang dia mahu: Darah, harta, kemaluan dan minuman. Manakala daripada kalangan wanita, sekiranya dia solat lima waktu, berpuasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, nescaya akan dibukakan baginya pintu syurga yang lapan. Dia masuk dari mana-mana pintu yang dia mahu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 796, hadis no. 4100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعاً: من اجتنب من الرجال أربعاً؛ فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت. [عد، السهمي، (الضعيفة) (4534)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa daripada kalangan lelaki yang menjauhi empat perkara ini, nescaya akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga, dia masuk dari mana-mana pintu yang dia mahu: Darah, harta, kemaluan dan minuman. Manakala daripada kalangan wanita, sekiranya dia solat lima waktu, berpuasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, nescaya akan dibukakan baginya pintu syurga yang lapan. Dia masuk dari mana-mana pintu yang dia mahu. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil dan al-Sahmī dalam Tārīkh Jurjān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4534]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman