Golongan lelaki boleh memberi salam kepada golongan wanita

TEKS BAHASA ARAB

يسلم الرجال على النساء، ولا يسلم النساء على الرجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan lelaki boleh memberi salam kepada golongan wanita, namun golongan wanita tidak boleh memberi salam kepada golongan lelaki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis nombor 1221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((يسلم الرجال على النساء، ولا يسلم النساء على الرجال)). [ابن السني، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (5435، 5756)]

(Palsu)
Daripada Watsilah bin al-Asqa’ RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Golongan lelaki boleh memberi salam kepada golongan wanita, namun golongan wanita tidak boleh memberi salam kepada golongan lelaki.
[Riwayat Ibn al-Sunni dan Ibn Hibban dalam al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5435, 5756]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.