Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يسلِّمُ الرِّجالُ على النِّساءِ ولا يسلِّمُ النِّساءُ على الرِّجالِ.
Teks Bahasa Melayu
Golongan lelaki boleh memberi salam kepada golongan wanita, namun golongan wanita tidak boleh memberi salam kepada golongan lelaki.
Sahabat Perawi
- Watsilah bin al-Asqa’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis no. 1221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة بن الأسقع - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((يسلم الرجال على النساء، ولا يسلم النساء على الرجال)). [ابن السني، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (5435، 5756)]
(Palsu) Daripada Watsilah bin al-Asqa’ RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Golongan lelaki boleh memberi salam kepada golongan wanita, namun golongan wanita tidak boleh memberi salam kepada golongan lelaki. [Riwayat Ibn al-Sunni dan Ibn Hibban dalam al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5435, 5756]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman