Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Golongan fakir miskin merupakan sapu tangan kepada golongan kaya

Teks Bahasa Arab

حديث: الفقراء مناديل الأغنياء يمسحون بها ذنوبهم.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Golongan fakir miskin merupakan sapu tangan kepada golongan kaya. Mereka menggunakan sapu tangan tersebut untuk menghapus dosa-dosa mereka.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 62, hadis no. 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أنس مرفوعا، وهو من نسخة موضوعة.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi). Ia adalah daripada naskah palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.