TEKS BAHASA ARAB
فقراؤكم حسناتكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Golongan fakir antara kamu adalah menjadi pahala bagi kamu.
STATUS
tidak mathur (tidak thabit), namun maknanya sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 117, hadis nombor 135. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن تيمية: ليس مأثورا. لكن معناه صحيح، فإن الإحسان إليهم حسنات.
Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini tidak mathur (tidak thabit), namun maknanya sahih. Sesungguhnya berbuat kebaikan kepada mereka adalah merupakan suatu kebaikan dan peroleh pahala.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.