Golongan beriman yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya dari kalangan mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أكمل المؤمنين إيمانا أحاسنهم أخلاقا، وإن المرء ليكون مؤمنا وفي خلقه شيئا فينقص ذلك من إيمانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan beriman yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya dari kalangan mereka. Sesungguhnya seorang mukmin yang terdapat sedikit kekurangan pada akhlaknya, maka hal itu akan mengurangkan keimanannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 145, hadis nombor 730. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة الشطر الثاني) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أكمل المؤمنين إيماناً أحاسنُهم أخلاقاً، وإن المرء ليكون مؤمناً وإن في خُلُقه شيئاً فينقص ذلك من إيمانه)). [ابن نصر في ((تعظيم قدر الصلاة))، ((الضعيفة)) (6767)]

(Munkar Dengan Penambahan Pada Baris Yang Kedua)
Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Golongan beriman yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya dari kalangan mereka. Sesungguhnya seorang mukmin yang terdapat sedikit kekurangan pada akhlaknya, maka hal itu akan mengurangkan keimanannya.
[Riwayat Ibn Naṣr dalam Ta’ẓīm Qadr al-Ṣalāh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6767]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.