Munkar Dengan Penambahan Pada Baris Yang Kedua
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أكملُ المؤمنينَ إيمانًا أحاسنُهم أخلاقًا، وإنَّ المرءَ ليكونُ مؤمنًا وفي خُلُقِهِ شيئًا فيُنقصُ ذلكَ من إيمانِه.
Teks Bahasa Melayu
Golongan beriman yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya dari kalangan mereka. Sesungguhnya seorang mukmin yang terdapat sedikit kekurangan pada akhlaknya, maka hal itu akan mengurangkan keimanannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Penambahan Pada Baris Yang Kedua
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 145, hadis no. 730. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة الشطر الثاني) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أكمل المؤمنين إيماناً أحاسنُهم أخلاقاً، وإن المرء ليكون مؤمناً وإن في خُلُقه شيئاً فينقص ذلك من إيمانه)). [ابن نصر في ((تعظيم قدر الصلاة))، ((الضعيفة)) (6767)]
(Munkar Dengan Penambahan Pada Baris Yang Kedua) Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Golongan beriman yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya dari kalangan mereka. Sesungguhnya seorang mukmin yang terdapat sedikit kekurangan pada akhlaknya, maka hal itu akan mengurangkan keimanannya. [Riwayat Ibn Naṣr dalam Ta’ẓīm Qadr al-Ṣalāh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6767]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman