Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أكملُ المؤمنينَ مَن سَلِمَ المسلمونَ من لسانِهِ ويَدِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Golongan beriman yang paling sempurna adalah mereka yang orang Islam selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 40, hadis no. 158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أكمل المؤمنين من سلم المسلمون من لسانه ويده)). [ك، ((الضعيفة)) (2858)]
(Daif) Daripada Jābir RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Golongan beriman yang paling sempurna adalah mereka yang orang Islam selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2858]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman