Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأنصارُ مِحنةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Golongan Ansar adalah satu ujian.
Sahabat Perawi
- Sa’ad bin ‘Ubadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1924, hadis no. 9658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) سعد بن عبادة عن أبيه سعد بن عبادة، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الأنصار محنة. [تخ، ش، حم، البزار، طب، ((الضعيفة)) (6402)]
(Munkar) Daripada Sa’ad bin ‘Ubadah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Golongan Ansar adalah satu ujian. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Musannaf Ibn Abu Shaybah, Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Bazzar, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6402]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman