Giza ialah taman dari taman-taman syurga

TEKS BAHASA ARAB

الجيزة روضة من رياض الجنة، ومصر خزائن الله في الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Giza ialah taman dari taman-taman syurga dan Mesir merupakan khazanah-khazanah Allah di bumi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1787, hadis nombor 8995. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن نبيط بن شريط مرفوعاً: «الجيزة روضة من رياض الجنة، ومصر خزائن الله في الأرض». [أبو نعيم في «نسخة نبيط بن شريط»، «الضعيفة» (889)].

(Palsu) Daripada Nabit bin Syarit, Nabi SAW bersabda: "Giza ialah taman dari taman-taman syurga dan Mesir merupakan khazanah-khazanah Allah di bumi." [Riwayat Abu Nu’aim dalam naskhah Nabit bin Syarit. Lihat Silsilah al-Daha’ifah, no. 889]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs