Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Giza ialah taman dari taman-taman syurga

Teks Bahasa Arab

الجِيزةُ روضةٌ من رياض الجنةِ، ومِصْرُ خزائنُ اللهِ في الأرضِ.

Teks Bahasa Melayu

Giza ialah taman dari taman-taman syurga dan Mesir merupakan khazanah-khazanah Allah di bumi.

Sahabat Perawi

  1. Nabit bin Syarit RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1787, hadis no. 8995. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن نبيط بن شريط مرفوعاً: «الجيزة روضة من رياض الجنة، ومصر خزائن الله في الأرض». [أبو نعيم في «نسخة نبيط بن شريط»، «الضعيفة» (889)].

(Palsu) Daripada Nabit bin Syarit, Nabi SAW bersabda: "Giza ialah taman dari taman-taman syurga dan Mesir merupakan khazanah-khazanah Allah di bumi." [Riwayat Abu Nu’aim dalam naskhah Nabit bin Syarit. Lihat Silsilah al-Daha’ifah, no. 889]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.