TEKS BAHASA ARAB
عضة نملة أشد على الشهيد من مس السلاح بل هو أشهى عنده من شراب بارد لذيذ في يوم صائف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Gigitan seekor semut itu lebih berat bagi orang yang syahid daripada hayunan senjata bahkan perkara itu lebih dia sukai daripada minum air sejuk yang sedap pada hari yang panas.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 995, hadis nombor 5130. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: عضة نملة أشد على الشهيد من مس السلاح بل هو أشهى عنده من شراب بارد لذيذ في يوم صائف. [الضياء، الضعيفة (3866)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Gigitan seekor semut itu lebih berat bagi orang yang syahid daripada hayunan senjata bahkan perkara itu lebih dia sukai daripada minum air sejuk yang sedap pada hari yang panas. [Riwayat al-Dhia'. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3866]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.