Gerak langkahmu ke masjid dan pulangmu ke rumah dari segi pahala adalah sama

TEKS BAHASA ARAB

مشيك إلى المسجد، ورجوعك إلى بيتك في الأجر سواء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Gerak langkahmu ke masjid dan pulangmu ke rumah dari segi pahala adalah sama.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 310-311, hadis nombor 1636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن يحيى بن يحيى الغساني قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((مشيك إلى المسجد، ورجوعك إلى بيتك في الأجر سواء)). [نعيم بن حماد في ((زوائد الزهد))، ((الضعيفة)) (5215)].

(Munkar) Daripada Yahya bin Yahya al-Ghassani, dia berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Gerak langkahmu ke masjid dan pulangmu ke rumah dari segi pahala adalah sama.” [Riwayat Nu’aym bin Hammad dalam Zawa’id al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5215].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs