Geraham orang kafir atau taring mereka adalah seperti bukit Uhud

TEKS BAHASA ARAB

ضرس ‌الكافر -أو ناب الكافر- مثل أحد، وغلظ جلده مسيرة ثلاث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Geraham orang kafir atau taring mereka adalah seperti bukit Uhud, dan tebal kulitnya setebal tiga hari perjalanan (di neraka).

STATUS

Syaz dengan lafaz: Tiga

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 699, hadis nombor 3585. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بلفظ: "ثلاث") عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((ضرس ‌الكافر -أو ناب الكافر- مثل أحد، وغلظ جلده مسيرة ثلاث)). [م، حب، طس، عد، البيهقي في ((البعث))، المزي، ((الضعيفة)) (٦٧٨٣)]

(Syaz dengan lafaz: Tiga) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Geraham orang kafir atau taring mereka adalah seperti bukit Uhud, dan tebal kulitnya setebal tiga hari perjalanan (di neraka). [Riwayat al-Imām Muslim dalam Ṣaḥīḥnya, Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Baihaqī dalam al-Ba‘th, al-Mizzī dalam Tahdhīb al-Kamāl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6783]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs