Gempurlah mati-matian dan tungganglah (kuda perang) kalian (dengan kencang)

TEKS BAHASA ARAB

انتضلوا واركبوا، وأن تنتضلوا أحب إلي. وإن الله – عز وجل – ليدخل بالسهم الواحد ثلاثة الجنة: صانعه، محتسب فيه، والممد به، والرامي به. وإن الله – عز وجل – ليدخل بلقمة الخبز، وقبضة التمر، ومثله مما ينتفع به المسكين ثلاثة الجنة: رب البيت الآمر به، والزوجة تصلحه، والخادم الذي يناول المسكين. فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: الحمدلله الذي لم ينس خدمنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Gempurlah mati-matian dan tungganglah (kuda perang) kalian (dengan kencang), situasi kalian benar-benar berjuang menggempur amat aku cintai. Sesungguhnya Allah SWT pasti memasukkan 3 orang ke dalam syurga, dengan sebab 1 busur anak panah: 1. Pembuat anak panah, 2. Orang yang berharap (supaya anak panah tersebut dipanah dengan tepat), 3. Orang yang membantu (untuk memberikannya kepada pemanah), 4. Orang yang memanah tepat pada sasaran. Sesungguhnya Allah SWT pasti memasukkan 3 orang ke dalam syurga dengan sebab suapan roti, segenggam tamar, dan yang seumpama dengannya berupa segala perkara yang memberi manfaat (bantuan) kepada orang-orang miskin; (iaitu) 1. Tuan rumah yang mengarahkan untuk melakukannya, 2. Isteri yang memperbaiki urusan tersebut (menasihati dan membantu suaminya itu), 3. Pembantu rumah yang melaksanakan arahan membantu orang miskin tersebut. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji bagi Allah yang tidak pernah lupa (untuk berbuat baik, walau) kepada pelayan kami.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1028, hadis nombor 5279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((انتضلوا واركبوا، وأن تنتضلوا أحبّ إليّ. وإنّ الله – عزّوجلّ – ليدخل بالسّهم الواحد ثلاثة الجنّة: صانعه، محتسب فيه، والممدّ به، والرّامي به. وإنّ الله -عزّوجلّ – ليدخل بلقمة الخبز، وقبضة التّمر، ومثله مما ينتفع به المسكين ثلاثة الجنّة: ربّ البيت الآمر به، والزّوجة تصلحه، والخادم الذي يناول المسكين. فقال رسول الله – صلى الله علىه وسلم -: الحمدلله الذي لم ينس خدمنا)). [طس، الضعيفة (7008)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA (beliau) berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Gempurlah mati-matian dan tungganglah (kuda perang) kalian (dengan kencang), situasi kalian benar-benar berjuang menggempur amat aku cintai. Sesungguhnya Allah SWT pasti memasukkan 3 orang ke dalam syurga, dengan sebab 1 busur anak panah: 1. Pembuat anak panah, 2. Orang yang berharap (supaya anak panah tersebut dipanah dengan tepat), 3. Orang yang membantu (untuk memberikannya kepada pemanah), 4. Orang yang memanah tepat pada sasaran. Sesungguhnya Allah SWT pasti memasukkan 3 orang ke dalam syurga dengan sebab suapan roti, segenggam tamar, dan yang seumpama dengannya berupa segala perkara yang memberi manfaat (bantuan) kepada orang-orang miskin; (iaitu) 1. Tuan rumah yang mengarahkan untuk melakukannya, 2. Isteri yang memperbaiki urusan tersebut (menasihati dan membantu suaminya itu), 3. Pembantu rumah yang melaksanakan arahan membantu orang miskin tersebut. Maka, Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji bagi Allah yang tidak pernah lupa (untuk berbuat baik, walau) kepada pelayan kami.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7008].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs