Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Gelang emas dan anting-anting emas daripada neraka

Teks Bahasa Arab

ما يمنعكُنَّ أن تجعلن قِرْطَينِ من فضة، وتُصَفِّرْنَهُ بعَبيرٍ أو زَعْفَرانٍ؛ فيكونَ كأنه ذهبٌ؟

Teks Bahasa Melayu

Adakah ada yang menghalang kamu untuk memakai anting-anting daripada perak dan mewarnakannya menggunakan Abir ataupun saffron agar ia menjadi umpama emas?

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1639, hadis no. 8288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه-، قال: كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم، فأتته امرأة فقالت: يا رسول الله! سواران من ذهب؟ فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((سواران من نار)). قالتْ: يا رسول الله! قرطان من ذهب؟ فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((قرطان من نار)). قالتْ: يا رسول الله! إن المرأة إذا لم تزين لزوجها؛ صلفت عنده، قال: فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((ما يمنعكن أن تجعلن قرطين من فضة، وتصفرنه بعبير أو زعفران؛ فيكون كأنه ذهب؟)). [إسحاق بن راهويه، ((الضعيفة)) (6171)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Sedang aku bersama Nabi SAW, seorang wanita telah datang kepada baginda dan dia bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah boleh wanita memakai gelang emas? Rasulullah SAW menjawab: ((Gelang daripada neraka.)) Lalu dia bertanya lagi: Adakah boleh memakai anting-anting daripada emas? Lalu Rasulullah SAW menjawab: ((Anting-anting juga dari neraka.)) Perempuan itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya jika seorang wanita tidak berhias untuk suaminya, ia menjadi kurang menarik di sisi suaminya. Lalu Rasulullah SAW menjawab: ((Adakah ada yang menghalang kamu untuk memakai anting-anting daripada perak? Dan mewarnakannya menggunakan Abir ataupun saffron agar ia menjadi umpama emas?)) [Riwayat Ishak Bin Rahawaih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6171].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.