Gantilah puasa kamu berdua pada hari yang lain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اقضيا يوما آخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Gantilah puasa kamu berdua pada hari yang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1148, hadis nombor 5806. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن جريج قال: قلتٌ لابن شهاب: أحدثك عروة بن الزبيرعن عائشة رضي الله عنها عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: من أفطر في تطوع فليقضه؟ قال: لم أسمع من عروة في ذلك شيئاً ولكني سمعتٌ في خلافة سليمان ابن عبد الملك من ناس عن بعض من نساء عائشة أنها قالت: كنت أنا وحفصة صائمتين فقرب إلينا طعام فابتدرناه فأكلناه فدخل النبي صلى الله عليه وسلم فبادرتني إليه حفصة وكانت ابنة أبيها فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : اقضيا يوماً آخر. [ابن راهويه، الضعيفة (5480)]

(Lemah) Daripada Ibn Juraij, berkata: Aku bertanya kepada Ibnu Shihab: Adakah Urwah bin al-Zubayr memberitahu engkau tentang Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Barangsiapa yang berbuka puasa sunat, maka hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain? Beliau (Ibnu Shihab) berkata: Aku tidak pernah mendengar daripada Urwah apa-apa tentang hal ini, tetapi aku mendengar pada zaman khalifah Sulaiman Ibn Abd al-Malik daripada beberapa pembantu wanita kepada Aisyah RA bahawa Aisyah pernah berkata: Pada suatu hari yang mana Hafsah RA dan aku berpuasa, telah dibawakan makanan kepada kami, lalu kami mengambilnya dan memakannya. Kemudian Nabi SAW masuk dan menghampiriku dan Hafsah. Lalu, Rasulullah SAW bersabda: Gantilah puasa kamu berdua pada hari yang lain. [Riwayat Ibn Rahwayh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5480]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.