Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اقضيا يوماً آخر.
Teks Bahasa Melayu
Gantilah puasa kamu berdua pada hari yang lain.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1148, hadis no. 5806. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn Juraij, berkata: Aku bertanya kepada Ibnu Shihab: Adakah Urwah bin al-Zubayr memberitahu engkau tentang Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang berbuka puasa sunat, maka hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain? Beliau (Ibnu Shihab) berkata: Aku tidak pernah mendengar daripada Urwah apa-apa tentang hal ini, tetapi aku mendengar pada zaman khalifah Sulaiman Ibn Abd al-Malik daripada beberapa pembantu wanita kepada Aisyah RA bahawa Aisyah pernah berkata: Pada suatu hari yang mana Hafsah RA dan aku berpuasa, telah dibawakan makanan kepada kami, lalu kami mengambilnya dan memakannya. Kemudian Nabi SAW masuk dan menghampiriku dan Hafsah. Lalu, Rasulullah SAW bersabda: Gantilah puasa kamu berdua pada hari yang lain. [Riwayat Ibn Rahwayh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5480]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman