Gantian bagi pengubatan secara kay (iaitu meletakkan besi panas pada tempat luka)

TEKS BAHASA ARAB

مكان الكي التكميد، ومكان العلاق السعوط، ومكان النفخ اللدود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Gantian bagi pengubatan secara kay (iaitu meletakkan besi panas pada tempat luka) ialah takmid (meletakkan balutan pada tempat luka), gantian bagi pengubatan sakit kerongkong ialah sa’ut (ubat yang dimasukkan ke dalam hidung) dan gantian bagi pengubatan bengkak ialah dengan ladud (ubat yang dimasukkan ke dalam rahang mulut atau hidung).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1180, hadis nombor 5979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((مكان الكي التكميد، ومكان العلاق السعوط، ومكان النفخ اللدود)). [حم، ((الضعيفة)) (4509)]

(Lemah)
Hadis ini telah diriwayatkan daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Gantian bagi pengubatan secara kay (iaitu meletakkan besi panas pada tempat luka) ialah takmid (meletakkan balutan pada tempat luka), gantian bagi pengubatan sakit kerongkong ialah sa’ut (ubat yang dimasukkan ke dalam hidung) dan gantian bagi pengubatan bengkak ialah ladud (ubat yang dimasukkan ke dalam rahang mulut atau hidung).
[Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 4509]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs