TEKS BAHASA ARAB
قال موسى -عليه السلام- لربه عز وجل: ما جزاء من عزى الثكلى؟ قال: أجعله في ظلي يوم لا ظل إلا ظلي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi Musa AS berkata kepada Tuhannya Azza Wa Jalla: "Apakah ganjaran untuk mereka yang mengucapkan takziah kepada seorang ibu yang kematian anaknya?" Allah menjawab: "Aku akan menempatkannya di bawah naungan-Ku pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Ku
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 75, hadis nombor 360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي بكر الصديق وعمران بن حصين – رضي الله عنهما- مرفوعا: ((قال موسى -عليه السلام- لربه عز وجل: ما جزاء من عزى الثكلى؟ قال: أجعله في ظلي يوم لا ظل إلا ظلي)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4049)].
(Lemah)
Daripada Abu Bakar al-Siddiq RA dan Imran bin Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Nabi Musa AS berkata kepada Tuhannya Azza Wa Jalla: "Apakah ganjaran untuk mereka yang mengucapkan takziah kepada seorang ibu yang kematian anaknya?" Allah menjawab: "Aku akan menempatkannya di bawah naungan-Ku pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Ku”.))
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4049]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.