Ganjaran untuk orang yang buta penglihatan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله قال: يا جبريل! ما ثواب عبدي إذا أخذت كريمتيه إلا النظر إلى وجهي، والجوار في داري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawasanya Allah SWT telah berfirman: Wahai Jibril, tidaklah ganjaran bagi hamba-Ku apabila Aku mengambil kedua matanya melainkan dia akan dapat melihat ke arah wajah-Ku serta menjadi jiran dalam rumah-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 109, hadis nombor 559. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
أبو ظلال القسملي: أنه دخل على أنس بن مالك – رضي الله عنه – فقال له: يا أبا ظلال! متى أصيب بصرُك؟ قال: لا أعقله. قال: أفلا أحدثك حديثاً حدثنا به نبي الله – صلى الله عليه وسلم – عن جبريل – عليه السلام -عن ربه تعالى قال: إن الله قال: يا جبريل! ما ثواب عبدي إذا أخذتُ كريمتيه إلا النظر إلى وجهي، والجوار في داري. فلقد رأيت أصحاب النبي – صلى الله عليه وسلم – يبكون حوله، يريدون أن تذهب أبصارهم.
[طس، ((الضعيفة)) (5773)]

(Lemah)
Daripada Abu Ẓilal al-Qasmali bahawa beliau telah bertemu dengan Anas ibn Malik RA, lalu Anas RA telah berkata kepadanya: "Wahai Abu Zilal, bila mata kamu tidak dapat melihat (buta)?” Beliau telah berkata: “Aku tidak mengingatinya.” Anas RA telah berkata: “Hendakkah aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang Nabi SAW menceritakannya daripada Jibril AS, daripada Tuhannya. Bahawasanya Allah SWT telah berfirman: ‘Wahai Jibril, tidaklah ganjaran bagi hamba-Ku apabila Aku mengambil kedua matanya melainkan dia akan dapat melihat ke arah wajah-Ku serta menjadi jiran dalam rumah-Ku’. Sesungguhnya aku telah melihat para sahabat Nabi SAW menangis di sisinya, dan mereka mahu supaya penglihatan mereka juga hilang (buta)".
[Riwayat oleh al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5773]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.