Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الله قال: يا جبريلُ! ما ثوابُ عَبْدِي إذا أخذتُ كَرِيْمَتَيْهِ إلا النَظَر إلى وجهي، والجوارُ في دارِي.
Teks Bahasa Melayu
Bahawasanya Allah SWT telah berfirman: Wahai Jibril, tidaklah ganjaran bagi hamba-Ku apabila Aku mengambil kedua matanya melainkan dia akan dapat melihat ke arah wajah-Ku serta menjadi jiran dalam rumah-Ku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 109, hadis no. 559. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) أبو ظلال القسملي: أنه دخل على أنس بن مالك - رضي الله عنه - فقال له: يا أبا ظلال! متى أصيب بصرُك؟ قال: لا أعقله. قال: أفلا أحدثك حديثاً حدثنا به نبي الله - صلى الله عليه وسلم - عن جبريل - عليه السلام -عن ربه تعالى قال: إن الله قال: يا جبريل! ما ثواب عبدي إذا أخذتُ كريمتيه إلا النظر إلى وجهي، والجوار في داري. فلقد رأيت أصحاب النبي - صلى الله عليه وسلم - يبكون حوله، يريدون أن تذهب أبصارهم. [طس، ((الضعيفة)) (5773)]
(Daif) Daripada Abu Ẓilal al-Qasmali bahawa beliau telah bertemu dengan Anas ibn Malik RA, lalu Anas RA telah berkata kepadanya: "Wahai Abu Zilal, bila mata kamu tidak dapat melihat (buta)?” Beliau telah berkata: “Aku tidak mengingatinya.” Anas RA telah berkata: “Hendakkah aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang Nabi SAW menceritakannya daripada Jibril AS, daripada Tuhannya. Bahawasanya Allah SWT telah berfirman: 'Wahai Jibril, tidaklah ganjaran bagi hamba-Ku apabila Aku mengambil kedua matanya melainkan dia akan dapat melihat ke arah wajah-Ku serta menjadi jiran dalam rumah-Ku'. Sesungguhnya aku telah melihat para sahabat Nabi SAW menangis di sisinya, dan mereka mahu supaya penglihatan mereka juga hilang (buta)". [Riwayat oleh al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5773]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman