TEKS BAHASA ARAB
أربع قبل الظهر كعدلهن بعد العشاء، وأربع بعد العشاء كعدلهن من ليلة القدر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
(Ganjaran) solat sunat empat rakaat sebelum zuhur setara dengan (ganjaran) empat rakaat selepas isyak, (ganjaran solat sunat) empat rakaat selepas isyak setara dengan (ganjaran) empat rakaat ketika lailatulqadar.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 302-303, hadis nombor 1600. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس رضي الله عنه، مرفوعًا: ((أَرْبَعٌ قَبْلَ الظُّهْرِ كَعِدْلِهِنَّ بَعْدَ الْعِشَاءِ، وَأَرْبَعٌ بَعْدَ الْعِشَاءِ كَعِدْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ)). [طس، ((الضعيفة)) (5058)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Ganjaran) solat sunat empat rakaat sebelum zuhur setara dengan (ganjaran) empat rakaat selepas isyak, (ganjaran solat sunat) empat rakaat selepas isyak setara dengan (ganjaran) empat rakaat ketika lailatulqadar. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah, no. 5058].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.