Ganjaran sabar dan pengharapan (kepada pahala melalui ujian) adalah seperti (ganjaran) membebaskan hamba

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الصبر والاحتساب هن عتق الرقاب، ويدخل الله صاحبهن الجنة بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ganjaran sabar dan pengharapan (kepada pahala melalui ujian) adalah seperti (ganjaran) membebaskan hamba. Allah akan memasukkan orang yang sabar dan berharap kepada-Nya ke dalam syurga tanpa hisab.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 476, hadis nombor 2556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الحكم بن عمير –رضي الله عنه- مرفوعا: ((الصبر والاحتساب هن عتق الرقاب، ويدخل الله صاحبهن الجنة بغير حساب)). [طب، ((الضعيفة)) (3794)]

(Sangat lemah)
Daripada al-Hakam bin ‘Umair RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Ganjaran sabar dan pengharapan (kepada pahala melalui ujian) adalah seperti (ganjaran) membebaskan hamba. Allah akan memasukkan orang yang sabar dan berharap kepada-Nya ke dalam syurga tanpa hisab.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3794]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.