Ganjaran menyedekahkan pakaian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من استجد ثوبا فقال حين بلغ ترقوته: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، فتصدق به؛ كان في ذمة الله، وفي جوار الله، وفي كنف الله حيا وميتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mempunyai pakaian yang baru dan berkata ketika ia dipakai ke tengkuknya: ‘Segala puji bagi Allah yang memakaikan kepada aku apa yang dengannya aku dapat menutup auratku, dan aku dapat berhias dengannya dalam hidupku’, kemudian pergi kepada pakaian yang tadi lalu bersedekah dengannya, dia akan berada dalam pemeliharaan Allah, dekat dengan Allah, dan sentiasa dalam pemeliharaan Allah ketika hidup dan ketika mati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 887, hadis nombor 4551. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من استجد ثوبا فقال حين بلغ ترقوته: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، فتصدق به؛ كان في ذمة الله، وفي جوار الله، وفي كنف الله حيا وميتا)). [حم، ابن النقور في ((الجزء الأول من الفوائد))، ((الضعيفة)) (4542)].

(Lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang mempunyai pakaian yang baru dan berkata ketika ia dipakai ke tengkuknya: ‘Segala puji bagi Allah yang memakaikan kepada aku apa yang dengannya aku dapat menutup auratku, dan aku dapat berhias dengannya dalam hidupku’, kemudian mengambil pakaian yang lama lalu dia bersedekah dengannya, dia akan berada dalam pemeliharaan Allah, dekat dengan Allah, dan sentiasa dalam pemeliharaan Allah ketika hidup dan ketika mati.”
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad dan Ibn al-Naqqur dalam al-Juz’ al-Awwal dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4542].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.