Ganjaran menjaga anak yatim dan anak perempuan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من كفل يتيما -له- ذو قرابة، أو لا قرابة له؛ فأنا وهو في الجنة كهاتين -وضم إصبعيه-، ومن سعى على ثلاث بنات؛ فهو في الجنة، وكان له كأجر مجاهد في سبيل الله صائما قائما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjaga anak yatim baginya yang mempunyai tali persaudaraan dengannya, atau tak ada tali persaudaraan dengannya, maka aku dan dia adalah seperti ini – baginda merapatkan dua jarinya, sesiapa yang berusaha menjaga 3 orang anak perempuan, maka dia (akan berada) di dalam syurga, dan baginya (ganjaran pahala) seperti orang yang berjihad di jalan Allah yang berpuasa dan menunaikan solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 894, hadis nombor 4583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من كفل يتيما -له- ذو قرابة، أو لا قرابة له؛ فأنا وهو في الجنة كهاتين -وضم إصبعيه-، ومن سعى على ثلاث بنات؛ فهو في الجنة، وكان له كأجر مجاهد في سبيل الله صائما قائما)). [البزار، ((الضعيفة)) (5342)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menjaga anak yatim baginya yang mempunyai tali persaudaraan dengannya, atau tak ada tali persaudaraan dengannya, maka aku dan dia adalah seperti ini – baginda merapatkan dua jarinya, sesiapa yang berusaha menjaga 3 orang anak perempuan, maka dia (akan berada) di dalam syurga, dan baginya (ganjaran pahala) seperti orang yang berjihad di jalan Allah yang berpuasa dan menunaikan solat.”
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5342].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.