Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كفل يتيمًا له ذو قرابةٍ أولا قرابةٍ له؛ فأنا وهو في الجنة كهاتَينِ – وضمَّ إصبِعَيه – ومن سعى على ثلاثِ بناتٍ؛ فهو في الجنّةِ، وكان له كأجرِ مُجاهدٍ في سبيلِ اللهِ صائمًا قائمًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menjaga anak yatim baginya yang mempunyai tali persaudaraan dengannya, atau tak ada tali persaudaraan dengannya, maka aku dan dia adalah seperti ini – baginda merapatkan dua jarinya, sesiapa yang berusaha menjaga 3 orang anak perempuan, maka dia (akan berada) di dalam syurga, dan baginya (ganjaran pahala) seperti orang yang berjihad di jalan Allah yang berpuasa dan menunaikan solat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 894, hadis no. 4583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من كفل يتيما -له- ذو قرابة، أو لا قرابة له؛ فأنا وهو في الجنة كهاتين -وضم إصبعيه-، ومن سعى على ثلاث بنات؛ فهو في الجنة، وكان له كأجر مجاهد في سبيل الله صائما قائما)). [البزار، ((الضعيفة)) (5342)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menjaga anak yatim baginya yang mempunyai tali persaudaraan dengannya, atau tak ada tali persaudaraan dengannya, maka aku dan dia adalah seperti ini – baginda merapatkan dua jarinya, sesiapa yang berusaha menjaga 3 orang anak perempuan, maka dia (akan berada) di dalam syurga, dan baginya (ganjaran pahala) seperti orang yang berjihad di jalan Allah yang berpuasa dan menunaikan solat.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5342].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman