Ganjaran mengingati Allah ketika senang

TEKS BAHASA ARAB

ليذكرن الله أقوام في الدنيا على الفرش الممهدة، يدخلهم الدرجات العلى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang-orang yang ketika hidupnya banyak berzikir mengingati Allah dalam keadaan mereka berada di atas hamparan permadani (dalam keadaan senang), mereka akan dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi darjatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1510, hadis nombor 7686. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضى الله عنه- قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ليذكرن الله أقوام في الدنيا على الفرش الممهدة، يدخلهم الدرجات العلى.)) [حب، ع، (الضعيفة)) (5327)].

(Lemah)
Daripada Abu Said al-Khudri RA: Rasulullah SAW bersabda: ((Orang-orang yang ketika hidupnya banyak berzikir mengingati Allah dalam keadaan mereka berada di atas hamparan permadani (dalam keadaan senang), mereka akan dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi darjatnya.))
[Riwayat Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5131].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs