Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَيَذْكُرَنَّ اللهَ أَقْوَامٌ فِي الدُّنْيَا عَلَى الفُرُشِ الـمٌمَهَّدَةِ، يُدْخِلُهُمُ الدَّرَجَاتِ العُلَى.
Teks Bahasa Melayu
Orang-orang yang ketika hidupnya banyak berzikir mengingati Allah dalam keadaan mereka berada di atas hamparan permadani (dalam keadaan senang), mereka akan dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi darjatnya.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1510, hadis no. 7686. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضى الله عنه- قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ليذكرن الله أقوام في الدنيا على الفرش الممهدة، يدخلهم الدرجات العلى.)) [حب، ع، (الضعيفة)) (5327)].
(Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA: Rasulullah SAW bersabda: ((Orang-orang yang ketika hidupnya banyak berzikir mengingati Allah dalam keadaan mereka berada di atas hamparan permadani (dalam keadaan senang), mereka akan dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi darjatnya.)) [Riwayat Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5131].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman