Ganjaran menghilangkan kesusahan seorang Mukmin

TEKS BAHASA ARAB

من فرج عن مؤمن لهفان غفر الله له ثلاثا وسبعين مغفرة، واحدة يصلح بها أمر دنياه وآخرته، وثنتين وسبعين يوفيها الله -تعالى- يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang mukmin, Allah akan memberikannya keampunan sebanyak 73, 1 darinya sudah cukup untuk dunia dan akhiratnya, maka 72 lagi Allah akan berikan di hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 865, hadis nombor 4417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ثوبان -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من فرج عن مؤمن لهفان غفر الله له ثلاثا وسبعين مغفرة، واحدة يصلح بها أمر دنياه وآخرته، وثنتين وسبعين يوفيها الله -تعالى- يوم القيامة)). [حل، ((الضعيفة)) (750)].

(Palsu)
Daripada Thauban RA secara marfu’: Sesiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang mukmin, Allah akan memberikannya keampunan sebanyak 73, 1 darinya sudah cukup untuk dunia dan akhiratnya, maka 72 lagi Allah akan berikan di hari kiamat.”
[Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 750].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs