Ganjaran memberi kesenangan kepada saudara apa yang diingininya

TEKS BAHASA ARAB

من لذذ أخاه بما يشتهي؛ كتب الله له ألف ألف حسنة، ومحى عنه ألف ألف سيئة، ورفع له ألف ألف درجة وأطعمه الله من ثلاث جنات: جنة الفردوس، وجنة عدن، وجنة الخلد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa memberikan kesenangan kepada saudaranya dengan memberikan apa yang diingininya, maka Allah akan memberinya sejuta kebaikan, dan menghapuskan sejuta kesalahan, dan mengangkat sejuta darjat, dan diberikan makanan dari 3 buah syurga: Syurga Firdaus, syurga Adn dan syurga al-Khuld.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 862, hadis nombor 4398. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من لذذ أخاه بما يشتهي؛ كتب الله له ألف ألف حسنة، ومحى عنه ألف ألف سيئة، ورفع له ألف ألف درجة وأطعمه الله من ثلاث جنات: جنة الفردوس، وجنة عدن، وجنة الخلد)). [ابن الجوزي إلى قوله: ((ألف ألف حسنة))، وبتمامه في ((الإحياء))، ((الضعيفة)) (107)].

(Palsu)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa memberikan kesenangan kepada saudaranya dengan memberikan apa yang diingininya, maka Allah akan memberinya sejuta kebaikan, dan menghapuskan sejuta kesalahan, dan mengangkat sejuta darjat, dan diberikan makanan dari 3 buah syurga: Syurga Firdaus, syurga Adn dan syurga al-Khuld.”
[Riwayat Ibn al-Jauzi sehingga: “Sejuta kebaikan” dan secara lengkap dalam al-Ihya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 107].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs