Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من لذذ أخاه بما يشتهي كتب اللهُ له ألفَ ألفَ حسنةٍ ، ومحى عنه ألفَ ألف سيئةٍ، ورفع له ألفَ ألف درجةٍ وأطعمه اللهُ من ثلاثِ جناتٍ: جنةِ الفردوسِ، وجنةِ عدنٍ، وجنةِ الخلدِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa memberikan kesenangan kepada saudaranya dengan memberikan apa yang diingininya, maka Allah akan memberinya sejuta kebaikan, dan menghapuskan sejuta kesalahan, dan mengangkat sejuta darjat, dan diberikan makanan dari 3 buah syurga: Syurga Firdaus, syurga Adn dan syurga al-Khuld.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 862, hadis no. 4398. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من لذذ أخاه بما يشتهي؛ كتب الله له ألف ألف حسنة، ومحى عنه ألف ألف سيئة، ورفع له ألف ألف درجة وأطعمه الله من ثلاث جنات: جنة الفردوس، وجنة عدن، وجنة الخلد)). [ابن الجوزي إلى قوله: ((ألف ألف حسنة))، وبتمامه في ((الإحياء))، ((الضعيفة)) (107)].
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa memberikan kesenangan kepada saudaranya dengan memberikan apa yang diingininya, maka Allah akan memberinya sejuta kebaikan, dan menghapuskan sejuta kesalahan, dan mengangkat sejuta darjat, dan diberikan makanan dari 3 buah syurga: Syurga Firdaus, syurga Adn dan syurga al-Khuld.” [Riwayat Ibn al-Jauzi sehingga: “Sejuta kebaikan” dan secara lengkap dalam al-Ihya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 107].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman