Ganjaran membantu orang susah

TEKS BAHASA ARAB

من أغاث ملهوفا كتب الله له ثلاثا وسبعين مغفرة واحدة فيها صلاح أمره كله، واثنتان وسبعون درجات له يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membantu orang yang susah, maka Allah akan menulis untuknya 73 keampunan, satu darinya akan memberikan kebaikan kepada seluruh urusannya (di dunia), 72 lagi adalah darjatnya pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 864, hadis nombor 4415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أغاث ملهوفا كتب الله له ثلاثا وسبعين مغفرة واحدة فيها صلاح أمره كله، واثنتان وسبعون درجات له يوم القيامة)). [تخ، ابن أبي الدنيا في ((قضاء الحوائج))، عد، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ابن حبان في(((لمجروحين))، ابن عساكر، أبو علي الصواف في ((حديثه))، خط، ((الضعيفة)) (621، 749)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’: “Sesiapa yang membantu orang yang susah, maka Allah akan menulis untuknya 73 keampunan, satu darinya akan memberikan kebaikan kepada seluruh urusannya (di dunia), 72 lagi adalah darjatnya pada hari kiamat.”
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Abi al-Dunya dalam Qadha’ al-Hawaij, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Kharaiti dalam Makarim al-Akhlak, Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Abu Ali al-Sawwaf dalam hadisnya, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 621, 749].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs