Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أغاثَ ملْهوفًا كتبَ اللهُ لهُ ثلاثًا وسبعينَ مغفرةً واحدةٌ فيها صلاحُ أمرِهِ كلِّهِ، واثنتانِ وسبعونَ لهُ درجاتٌ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membantu orang yang susah, maka Allah akan menulis untuknya 73 keampunan, satu darinya akan memberikan kebaikan kepada seluruh urusannya (di dunia), 72 lagi adalah darjatnya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 864, hadis no. 4415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أغاث ملهوفا كتب الله له ثلاثا وسبعين مغفرة واحدة فيها صلاح أمره كله، واثنتان وسبعون درجات له يوم القيامة)). [تخ، ابن أبي الدنيا في ((قضاء الحوائج))، عد، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ابن حبان في(((لمجروحين))، ابن عساكر، أبو علي الصواف في ((حديثه))، خط، ((الضعيفة)) (621، 749)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’: “Sesiapa yang membantu orang yang susah, maka Allah akan menulis untuknya 73 keampunan, satu darinya akan memberikan kebaikan kepada seluruh urusannya (di dunia), 72 lagi adalah darjatnya pada hari kiamat.” [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Abi al-Dunya dalam Qadha’ al-Hawaij, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Kharaiti dalam Makarim al-Akhlak, Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Abu Ali al-Sawwaf dalam hadisnya, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 621, 749].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman