Galian yang hampir dengan al-Hijaz

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تخرج معادن مختلفة: معدن منها قريب من الحجاز، يأتيه من شرار الناس يقال له: فرعون، فبينما هم يعملون فيه إذ حسر عن الذهب؛ فأعجبهم معتمله، إذ خسف به وبهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pelbagai galian (mineral) akan keluar, antaranya: Galian yang hampir dengan al-Hijaz, daripada sejahat-jahat manusia yang dipanggil Fir’aun akan mendatanginya. Ketika mereka sedang melakukan tugasan, tiba-tiba emas terzahir, pekerjanya membuatkan mereka takjub, secara tiba-tiba ia (galian) dan mereka ditelan bumi.

STATUS

Mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1378 – 1379, hadis nombor 7016. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، قال: تخرج معادن مختلفة: معدن منها قريب من الحجاز، يأتيه من شرار الناس يقال له: فرعون، فبينما هم يعملون فيه إذ حسر عن الذهب؛ فأعجبهم معتمله، إذ خسف به وبهم.
[ك، ((الضعيفة)) (6141)]

(Mawquf lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA, katanya: Pelbagai galian (mineral) akan keluar, antaranya: Galian yang hampir dengan al-Hijaz, daripada sejahat-jahat manusia yang dipanggil Fir’aun akan mendatanginya. Ketika mereka sedang melakukan tugasan, tiba-tiba emas terzahir, pekerjanya membuatkan mereka takjub, secara tiba-tiba ia (galian) dan mereka ditelan bumi.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6141]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.